Salam
Edisi kali ini sangat istimewa buat kami kerana edisi ini turut disertai oleh crew penggambaran dari MOB TV.
hmm sebenarnya, Mob Tv meminta kepada kami untuk membuat rakaman tentang aktiviti the others, untuk disiarkan di mobtv.my - sebuah web tv yg akan dilancarkan pada Jun 2011.
(saksikan rakaman Rumah Misteri Kajang didalam rancangan 30 Minit di laman web MobTv.my)
Kami menerima lamaran itu sebagai suatu penghargaan kepada The Others. Jadi kami bersama-sama En. Nizam, VJ dari Mob TV merancang bersama-sama untuk menjayakan rancangan ini.
Lokasi
Setelah berminggu-minggu merancang dan membuat survey kami masih gagal untuk mengenalpasti lokasi yg sesuai untuk membuat penggambaran dan banyak juga faktor-faktor lain untuk kami fikirkan dahulu. Namun setelah meminta bantuan dari followers kami, kami berjaya mendapatkan lokasi sebuah rumah di Kajang, Selangor.
Nama rumah tersebut telah diubah oleh kami demi melindungi kepentingan individu-individu tertentu. Oleh itu baiklah kami panggilnya sebagai Rumah Misteri Kajang.
Misteri di lokasi tersebut sentiasa sama sahaja dengan lokasi-lokasi lain. Penampakkan lembaga-lembaga misteri dan bunyi-bunyian yang menyeramkan selain reputasi rumah dan cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut.
Jadi The Others ke sana untuk melihat dan merasai misteri dan kebenaran dari cerita-cerita tersebut.
Tinjauan awal
Sewaktu kami melakukan tinjauan awal. memang kelihatan dari luar, keadaan rumah itu sgt menyeramkan dan memberi perasaan tidak senang kepada kami. Kami terus meninjau untuk laluan keluar dan keadaan sekitar dan kami melalui satu lorong di sebelah rumah tersebut lalu kami menjumpai sebuah kawasan perkuburan islam dan di hujungnya ada satu lorong ke menuju bawah dan disana kami berjumpa lagi dengan satu deretan rumah terbiar yang tak kurang juga seramnya.
Lalu, alang-alang menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Kami membuat keputusan untuk pergi ke deretan rumah itu juga nanti.
Gambar di bawah adalah gambar kawasan sekitar lokasi
Hari kejadian
Jam 2200
kami berkumpul di tempat yang dijanjikan dengan crew Mob Tv.
Taklimat ringkas mengenai keselamatan dan formasi pergerakan dibuat oleh team The Others.
Setelah itu, kami bergerak ke kajang.
Jam 0030
kami tiba di kajang, disana ashes telah menunggu ditempat pertemuan. Disana kami membuat taklimat akhir sebelum memulakan kembara ke lokasi tersebut.
Rumah Misteri Pertama
Jam 0130
kami telah berkumpul di depan rumah tersebut, setelah berada dalam formasi, kami pun bergerak masuk ke dalam rumah pertama. Rumah ini terletak di simpang jalan. Ianya merupakan sebuah rumah dua tingkat. Kami bergerak masuk ke dalam ruang depan rumah tersebut. Keadaan sangat bersemak dan rumah itu kelihatan sangat usang.
Tetapi kami tidak dapat sampai ke tingkat atas kerana tangganya sudah runtuh jadi kami kembali ke tempat berkumpul.
Di sana kami bergerak ke rumah kedua yang terletak bersebelahan dari rumah pertama.
Keadaan rumah kedua lebih teruk. Ianya terletak didalam semak samun yang hampir kelihatan seperti hutan kecil. Ianya terlindung dari jalan dan pandangan dari luar. Kami bergerak masuk ke dalam rumah tersebut, tangga untuk ke tingkat atas juga runtuh dan kami cuma dapat memeriksa di kawasan bawahnya sahaja.
Semasa sampai di bilik belakang, Endi membisikkan sesuatu kepada Surfinv, memberitahunya bahawa ada seseorang berjalan di sebelah belakang kami, iaitu di luar rumah di bahagian belakang.
Kemudian kami terdengar bunyi tapak kaki berjalan dengan laju di bahagian belakang rumah.
Endi pun bergerak menuju ke belakang beserta jurukamera dan jurugambar, tetapi tiada sesiapa di situ. setelah beberapa lama, kami pun keluar dari rumah tersebut.
Gambar-gambar dari rumah pertama
Kawasan luar rumah yang bersemak dan dinding rumah usang dapat dilihat.
Bahagian Belakang Rumah |
Kami lalu meneruskan penjelajahn kami ke rumah kedua yang terletak
di sebelah kiri rumah ( sebelah kiri gambar terakhir ). Keadaannya yang teruk
dan kawasan sekitar yang sunyi dan gelap diserta dengan sayup lolongan anjing membangkitkan lagi aura seram di sekeliling kami.
Salam, rumah ni bdktn msjd besar kat tepi jln tu ke
ReplyDelete