Selamat Datang...

As'salammualaikum saya Faizul owner kepada blog berkonsepkan mistik, alam ghaib, dan berbagai unsolve misteri,tujuan blog ini dibuat , hanya untuk berkongsi dengan orang ramai , tentang kewujudan makhluk yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar mahupun merasakan secara nyata, kerana mereka adalah makluk halus, mereka juga adalah hamba Allah yang juga seperti kita menumpang bumi ciptaan Allah yang indah , saya harap para tetamu yang melawat blog saya , terhibur dengan kandungan yang saya paparkan, semua ini hanya sekadar hiburan , tidak ada kena mengena yang hidup dan yang mati , kita sebagai manusia yang mempunya sifat ingin tahu yang sgt mendalam, saya adalah salah seorang yang mempunya minat seperti ini sejak dari kecil lagi , dimana terdapat beberapa koleksi novel mistik, dan alam ghaib dan saya amat berminat untuk mengkaji lebih mendalam tentang alam ghaib , sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Blog saya , jika anda mempunya sebarang pengalaman sila maklumkan kepada saya di facebook saya, sekian terima kasih, As'salammualaikum..

FaceBook : Netz Faizul (Admin)

Friday, January 27, 2012

Misteri Istana Kellie

Pemanduan selama 30 minit ke selatan Ipoh menghala ke arah Batu Gajah akan membawa anda ke Ladang Getah Kinta Kellas. Di tengah kehijauan rumput yang subur, tersergam sebuah istana impian separuh siap kepunyaan William Kellie Smith, seorang peladang berbangsa Scotland yang kaya-raya.

Pembinaan yang bermula pada tahun 1915 ke atas istana besar yang mempunyai seni bina lain dari yang lain ini berhenti secara mendadak dengan kematian mengejut pemiliknya. Suasana misteri masih menyelubungi rumah besar yang menyeramkan ini. Adalah dipercayai istana ini juga mempunyai bilik-bilik rahsia dan terowong bawah tanah.
Setelah 67 tahun berlalu, khabar-khabar angin tentang peristiwa misteri istana ini telah menguatkan lagi lagenda impian yang tidak kesampaian bagi William Kellie Smith. Lagenda ini jugalah yang telah memberi satu daya tarikan kepada istana ini untuk terus menjadi satu destinasi pengunjung yang bersejarah.
Penemuan ganjil menyerupai seekor beruang di batang pokok batai atau dagang menjadikan Kellie's Castle sebagai kawasan pelancongan yang semakin terkenal dan terus dikunjungi pelancong domestik serta luar negara. Pengarah Eksekutif Kellie's Castle, Tajuddin Yaacob, berkata beliau berharap penemuan itu akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada kawasan pelancongan berkenaan khasnya serta Perak amnya.
Kellie's Castle adalah istana zaman kolonial yang dibina antara 1909 hingga 1926 oleh seorang hartawan dari Scotland, Wiliam Kellie Smith di Kilometer 5.5 Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah, dekat sini.Tajuddin berkata, penemuan pada minggu pertama Aidilifitri lalu mengubah senario Kellie's Castle yang terkenal sebagai kawasan pelancongan penuh misteri di negara ini. Beliau berkata, jika selama ini pengunjung yang datang hanya memberi tumpuan kepada bangunan istana lama terbabit, kini mereka juga tidak melepaskan peluang melihat pokok batai atau dagang yang mirip wajah beruang itu serta meninjau kawasan berhampiran.
Katanya, apa yang menjadikannya lebih unik hanya terdapat satu pokok yang nama saintifiknya Albizia di kawasan pelancongan itu dan ia berasal dari Brazil. "Kami dapat melihat rupa seekor haiwan menyerupai beruang seakan-akan memeluk batang pokok batai atau dagang yang besar itu."Pokok terbabit terletak kira-kira 50 kilometer dari Kellie's Castle dan dikatakan berusia lebih 40 tahun."Pihak pengurusan Kellie's Castle akan membuat satu papan tanda khas mengenai pokok itu supaya ia menjadi tumpuan pengunjung terutama pengunjung Kellie's Castle," katanya.
Tajuddin berkata, Kellie's Castle menjadi tumpuan ramai pengunjung terutama pada hujung minggu dan musim cuti seperti cuti umum atau persekolahan.Katanya, selain pelancong domestik dari negeri ini dan seluruh negara, ia dikunjungi pelancong luar dari Australia, Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara Eropah lain serta Asia."Boleh dikatakan ramai yang datang dari United Kingdom, mungkin kerana Smith berasal dari Scotland," katanya.Kellie's Castle adalah istana lama yang dibangunkan sebagai lambang cinta Smith kepada isterinya, Agnes.
Bagamanapun, ia gagal disiapkan kerana kematian Smith pada 1926.Kellie's Castle yang diperbuat daripada batu bata merah dan marmar diimport dari India setinggi enam tingkat mempunyai 24 bilik dan sebuah terowong bawah tanah yang menghubungkan istana itu dengan kawasan estet berhampiran.

No comments:

Post a Comment