Selamat Datang...

As'salammualaikum saya Faizul owner kepada blog berkonsepkan mistik, alam ghaib, dan berbagai unsolve misteri,tujuan blog ini dibuat , hanya untuk berkongsi dengan orang ramai , tentang kewujudan makhluk yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar mahupun merasakan secara nyata, kerana mereka adalah makluk halus, mereka juga adalah hamba Allah yang juga seperti kita menumpang bumi ciptaan Allah yang indah , saya harap para tetamu yang melawat blog saya , terhibur dengan kandungan yang saya paparkan, semua ini hanya sekadar hiburan , tidak ada kena mengena yang hidup dan yang mati , kita sebagai manusia yang mempunya sifat ingin tahu yang sgt mendalam, saya adalah salah seorang yang mempunya minat seperti ini sejak dari kecil lagi , dimana terdapat beberapa koleksi novel mistik, dan alam ghaib dan saya amat berminat untuk mengkaji lebih mendalam tentang alam ghaib , sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Blog saya , jika anda mempunya sebarang pengalaman sila maklumkan kepada saya di facebook saya, sekian terima kasih, As'salammualaikum..

FaceBook : Netz Faizul (Admin)

Friday, January 27, 2012

Misteri Villa Nabila di Johor Bahru

Fuh, seminggu tak update. Jumaat lepas aku ke KL lagi selama lima hari. Balik Kelantan semula badan aku tak berapa sihat sekaligus mengganggu sikit mood nak update blog eheh. Baru hari ni mood tu datang balik. Jadi sebagai pemangkin semangat aku nak cerita satu kisah misteri tentang Villa Nabila.

IMG 0545 1 Misteri Villa Nabila di Johor Bahru

Sebenarnya dah dua kali aku post pasal gambar hantu di Villa Nabila yang terletak berhampiran dengan Danga Bay, Johor Bahru ni. Kali ni lagi sekali aku nak buat entri yang sama, tapi dengan maklumat yang baru aku dapat tentang asal-usul kisah Villa Nabila. dulu aku dapat menangkap gambar ‘sesuatu’ yang muncul di salah satu tingkap villa tersebut secara tak sengaja semasa aku dengan sorang lagi kawan, Adan, buat lawatan ke sana sekitar pukul 7 pagi pada bulan Mei 2008.

Kalau tanya aku memang aku tak dapat nak explain kat mana lokasi sebenar Villa Nabila ni. Cuma yang dapat aku bagitau villa ni terletak di atas bukit menghadap Danga Bay. Daripada gambar-gambar yang aku jumpa kat forum yang bincangkan pasal villa berhantu ni, pintu gerbangnya terletak di bawah bukit berhampiran dengan Christine Palace (katanya dah takde), tapi struktur villa ni bertingkat-tingkat dan sangatlah luas, siap ada kolam lagi kat dalam. Aku agak pelik sebenarnya bila tengok gambar-gambar forumer tu sebab semuanya gambar dari depan. Rupanya dulu aku naik bukit tu dari arah belakang villa, berhadapan dengan istana Johor. Laluan masuk bukit tu dihadang dengan palang, dengan satu signboard ‘Dilarang Menceroboh’ siap dengan amaran penceroboh akan ditembak. Tak pasti pula bukit tu termasuk dalam kawasan istana atau tak, yang pasti ianya terletak seberang jalan istana.

Kitorang sebenarnya bertiga tapi sorang lagi kawan aku, Naim tak berani nak ke villa tu. Dia cuma tunggu dalam kereta yang aku parking tepi jalan kat kaki bukit tu. Masa tu sekitar pukul 7 pagi. Sepatutnya pukul 6:30 pagi lagi dah sampai tapi tersesat jalan lepas solat Subuh kat Masjid Abu Bakar. Sebelum aku cerita lebih lanjut korang tengoklah dulu gambar yang aku dapat tangkap ni.

Untitled 1 3 Misteri Villa Nabila di Johor Bahru

Apa pendapat korang? Manipulasi gambar sebab shaking? Pada mulanya aku pun fikir camtu tapi ada kemungkinan juga ianya betul-betul adalah ‘benda’ tu. Kata orang, digital camera yang mempunyai 5 Mega Piksel ke atas boleh menangkap gambar entiti. Sebab apa, aku pun tak tau. Kamera yang aku guna dulu untuk tangkap gambar ni adalah Canon PowerShot A470 dengan resolusi 12 Megapixels.

Baru-baru ni aku upload gambar ni kat satu group paranormal kat Facebook. Ramai yang impress. Dalam ramai-ramai tu ada sorang ni bagitau yang rumah tu adalah Villa Nabila. Pertama kali aku dengar nama villa tu. Terus Google nak dapatkan kepastian. Hasilnya aku terpaku kat forum Cari yang hangat duk bincang pasal villa ni sejak awal tahun lepas lagi. Dari page 1 sampailah page 28 aku baca dalam satu malam semata-mata nak cari kebenaran kisah Villa Nabila ni.

IMG 0535 Misteri Villa Nabila di Johor Bahru

DSC01214 Misteri Villa Nabila di Johor Bahru

IMG 0530 Misteri Villa Nabila di Johor Bahru

Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.

Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi #6 - Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.

Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.

Walaupun gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.

DSC01210 Misteri Villa Nabila di Johor Bahru

Silap kamera? Mungkin juga tapi macam agak mustahil.

Kawasan yang berhantu semestinya ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa tu tapi secara tiba-tiba enjin kereta mati dan ada sesuatu ketuk-ketuk kat bahagian atas kereta. Ada juga yang tetiba dengar lagu lama dari radio. Macam-macam juga pengalaman diorang dapat dek nak menguji tahap keberanian masing-masing.

Apa-apa pun, kisah sebenar Christine Palace atau disalahsebut sebagai Villa Nabila ni masih lagi kekal misteri. Dan satu lagi, rumah yang aku pergi ni tak pasti adakah ianya Christine Palace yang sebenarnya sebab di sebelah rumah ni ada bangunan bertingkat yang mempunyai pintu pagar di kaki bukit. Mungkin ianya adalah dua banglo yang berbeza berdasarkan struktur bangunan yang berlainan.





Diambil Dari Sumber Asal : [KLIK]

No comments:

Post a Comment