Selamat Datang...

As'salammualaikum saya Faizul owner kepada blog berkonsepkan mistik, alam ghaib, dan berbagai unsolve misteri,tujuan blog ini dibuat , hanya untuk berkongsi dengan orang ramai , tentang kewujudan makhluk yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar mahupun merasakan secara nyata, kerana mereka adalah makluk halus, mereka juga adalah hamba Allah yang juga seperti kita menumpang bumi ciptaan Allah yang indah , saya harap para tetamu yang melawat blog saya , terhibur dengan kandungan yang saya paparkan, semua ini hanya sekadar hiburan , tidak ada kena mengena yang hidup dan yang mati , kita sebagai manusia yang mempunya sifat ingin tahu yang sgt mendalam, saya adalah salah seorang yang mempunya minat seperti ini sejak dari kecil lagi , dimana terdapat beberapa koleksi novel mistik, dan alam ghaib dan saya amat berminat untuk mengkaji lebih mendalam tentang alam ghaib , sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Blog saya , jika anda mempunya sebarang pengalaman sila maklumkan kepada saya di facebook saya, sekian terima kasih, As'salammualaikum..

FaceBook : Netz Faizul (Admin)

Wednesday, January 25, 2012

Kes Mona Fendi Part 4




Hari pertama (12.9.1994) Mona Fandey dibawa ke mahkamah

PASANGAN bomoh, Maznah Ismail atau Mona Fandey dan

suaminya, Mohd Affendy Abdul Rahman serta pembantu
mereka, Juraimi Husin tenang ketika tuduhan terhadap mereka
dibacakan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada hari pertama
perbicaraan - 12 September 1994.
Aku dapat melihat riak wajah mereka dengan jelas dari tempat
duduk media. Pada waktu tuduhan dibacakan aku mesti tengok
reaksi mereka untuk dilaporkan dalam akhbar.
Mereka memang 'cool' ketika itu. Lagipun, itu baru tuduhan
sehingga mahkamah memutuskan mereka bersalah atau tidak.
Mereka yang menghadapi tuduhan pindaan membunuh bekas Ahli

Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam,
Datuk Idros @ Mazlan Idris, Julai tahun lalu, faham dengan
tuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa, M Muthualagu dan
mahu dibicarakan.

(Pindaan dibuat ke atas tarikh pembunuhan iaitu dari di antara
jam 11 malam 2 Julai 1993 hingga 13 Julai 1993 kepada
di antara jam 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengah malam
8 Julai 1993).





Juraimi adalah tertuduh
pertama perbicaraan itu,
Affendy (tertuduh kedua) dan
Mona (tertuduh ketiga).

Mona dan Affendy yang berdiri
bersebelahan ketika tuduhan
itu dibaca bercakap sesama
sendiri selepas tuduhan dibaca.
Juraimi pula hanya berdiam dan
memandang ke arah
peguambelanya.

Dalam perbicaraan itu, Mona
dan Affendy diwakili oleh Gulam
Mustaffa Nadar Ali Khan,
sementara Juraimi pula oleh
Karam Singh Bahl dengan
dibantu Ikmal Hisam Idris.

Affendi masuk ke mahkamah

Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam dengan dibantu Timbalan
Pendakwaraya AC Fernandis dan Saiful Edris Zainuddin pula
bertindak sebagai pendakwaraya dalam perbicaraan yang
didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk
Mokhtar Sidin.

Mokhtar juga menetapkan perbicaraan dijalankan terus menerus
dari jam 9 pagi hingga 2 petang serta memperuntukkan waktu
rehat tidak lebih 15 minit.




Peraturan itu bagi memastikan
kelancaran perjalanan
perbicaraan.
Memang mencabar membuat
liputan kes ini. Aku dan seorang
lagi wartawan kena buat transkrip
percakapan dalam mahkamah.
Kadang-kadang ada juga perkataan
yang 'miss' kerana
percakapan mereka kurang jelas.
Dalam hal ini, kalau tak minta
bantuan rakan media lain, aku
merujuk pada hakim, pendakwa
raya atau peguam bela. Tapi
ada kalanya kena 'marah' juga
dengan hakim.
Ada kalanya pendakwa raya dan
peguam bela pinjam nota aku. Jurami keluar dari trak polis
Tapi, apapun aku cukup seronok membuat liputan kes ini. Aku
tumpang bangga menjadi - part of the history.
Dalam hal ini, kalau tak minta bantuan rakan media lain, aku
merujuk pada hakim, pendakwa raya atau peguam bela. Tapi
ada kalanya kena 'marah' juga dengan hakim.
Ada kalanya pendakwa raya dan peguam bela pinjam nota aku.
Macam aku kata tadi perbicaraan ini cukup mencabar pada
semua pihak. Semua orang mahukan perbicaraan berjalan
lancar.
Hakim Datuk Mokhtar Sidin beberapa kali menegur pihak
pendakwaraya dan peguambela supaya tidak membazir
masa dan memastikan perbicaraan berjalan lancar.
Berbalik pasal Mona Fandey ada 'member' (Multiply) bertanya
cantik ke si Mona tu. Entahlah. Nanti aku ceritakan...

Diambil Dari Sumber Asal :[ KLIK ]

No comments:

Post a Comment