Selamat Datang...

As'salammualaikum saya Faizul owner kepada blog berkonsepkan mistik, alam ghaib, dan berbagai unsolve misteri,tujuan blog ini dibuat , hanya untuk berkongsi dengan orang ramai , tentang kewujudan makhluk yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar mahupun merasakan secara nyata, kerana mereka adalah makluk halus, mereka juga adalah hamba Allah yang juga seperti kita menumpang bumi ciptaan Allah yang indah , saya harap para tetamu yang melawat blog saya , terhibur dengan kandungan yang saya paparkan, semua ini hanya sekadar hiburan , tidak ada kena mengena yang hidup dan yang mati , kita sebagai manusia yang mempunya sifat ingin tahu yang sgt mendalam, saya adalah salah seorang yang mempunya minat seperti ini sejak dari kecil lagi , dimana terdapat beberapa koleksi novel mistik, dan alam ghaib dan saya amat berminat untuk mengkaji lebih mendalam tentang alam ghaib , sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Blog saya , jika anda mempunya sebarang pengalaman sila maklumkan kepada saya di facebook saya, sekian terima kasih, As'salammualaikum..

FaceBook : Netz Faizul (Admin)

Wednesday, January 25, 2012

Kes Mona Fendi Part 5





CANTIK ke si Mona Fandey? Persoalan itu sukar untuk
dijawab. Pada aku cantik atau tidak terpulang kepada mata
orang yang memandangnya.
Tapi apapun, Maznah Ismail atau Mona Fandey yang muncul kali
pertama di khalayak ramai selepas lebih lapan bulan - pada 12
September 1994 - memang berbeza dengan penampilannya
sebelum itu. Pada mata aku, dia pada masa itu kelihatan

semakin cantik dan seksi.

Mona tidak kelihatan seperti umurnya yang menjangkau hampir
40 tahun pada waktu itu. Ada yang kata Mona bukan 38 tahun,
tetapi sebenarnya lebih 50 tahun.
Tertuduh ketiga kes itu memang mendapat perhatian ramai
ketika tiba di mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang - tempat
perbicaraan kesnya.




Malah, ketika dia keluar
mahkamah untuk menaiki trak,
orang ramai yang berdiri
di luar pagar mahkamah
berteriak: "Mona makin lawa!
Mona makin lawa!"

Mona hanya membalas
dengan senyuman berikutan
pujian orang ramai itu.

Beberapa anggota polis,
saksi dan wakil media massa
juga berpendapat Mona
semakin anggun dan
berseri-seri.
Mona pada hari itu mengikat
rambutnya dengan riben biru
muda, menampakkan lehernya
yang jinjang.

Dia yang memakai blaus
merah berbintik hitam tanpa
lengan serta seluar ketat
berwarna hitam tersenyum
lebar melihat reaksi orang
ramai menjerit-jeritkan
namanya.

Dia yang memakai rantai
manik berwarna ungu gelap dan gelang
tangan merah berjalur hitam kelihatan sihat dan riang
berbanding tertuduh kedua, Mohd Affendy Abdul Rahman, dan
Juraimi Husin (tertuduh pertama).

Aku juga masih ingat pada hari kedua perbicaraan Affendy turut
memuji-muji kecantikan isterinya. Aku tengok Mona cukup
gembira dengan pujian suaminya.
Pada aku Mona ada aura tersendiri. Kata orang dia pakai
'pemanis'. Almaklumalah seorang bomoh. Tapi itu aku tak pasti.
Itukan cakap-cakap orang. Mana boleh pakai.
Tapi yang pasti dalam keterangan di mahkamah dia mengaku
membuat pembedahan plastik. Yang ini bukan cakap-cakap
kosong, tetapi fakta dalam mahkamah.
Cerita pasal Mona bergaya pun menjadi perhatian ramai. Ada
yang suka dan tidak kurang menyampah. Adatlah di dunia ini -
tak semua orang suka pada apa yang kita buat walaupun tak
ada kena mengena dengan mereka.

Dalam hal ini Mona berhak memakai pakaian yang disukainya pada perbicaraan.
Bagaimanapun, Hakim Makhamah Tinggi, Datuk Mokhtar Sidin, yang mendengarperbicaraan itu boleh meminta Mona berpakaian lebih sopan, jika berpendapat pakaian tertuduh itu tidak sesuai


dengan suasana mahkamah.
Alasannya Mona hanyalah tertuduh kes itu dan dan belum dibuktikan bersalah.
Mona mempunyai kebebasan untuk memakai pakaian yang disukainya di samping berhias. Mona hanya tahanan polis yang dipercayai terbabit dengan kes bunuh dan bukannya banduan yang perlu memakai pakaian yang disediakan oleh pihak penjara.
Selagi tiada teguran daripada Mokhtar, selagi itu Mona boleh memakai pakaian yang diminatinya.
Apapun pada aku si Mona ni pandai menjaga imejnya. Pakaiannya walaupun tidak begitu banyak dia pandai
memadankannya. Tetapi kadang kala'over' pula aku tengok.
Ada ketikanya tidak kena tempat. Ada beberapa kali pakaiannya
nampak seksi dan terpaksa ditutup dengan selendang dan
jaket. Memang si Mona ni suka glamour kot.
Aku masih ingat apabila persoalan itu dikemukakan kepadanya
sewaktu dia dibawa keluar dari lokap Balai Polis Temerloh ke Penjara Kajang selepas sehari didapati bersalah.
Aku dapat bercakap dengannya - tak sampai seminit minit pun.
Itu pun dah kira bagus kerana mengikut peraturan tidak boleh
cakap pun dengan dia. Tapi berlaku secara spotan ketika aku
mengikutinya dari belakang ketika dibawa ke trak.
Tak silap aku menegurnya wah glamourlah Mona.
Tak sangka pula dia membalas dengan berkata : "Saya tak mahu glamour (melaram). Dari dulu pun saya tak glamour."

Ditanya jika tidak mahu glamour mengapa pula berpakaian
antik, Mona berkata: "Yalah, takkan hendak telanjang pulak."
Menurutnya lagi, dia mahu tersenyum ketika dalam tahanan
sementara menanti rayuannya dan hukuman selepas itu.
"Saya mahu tersenyum kepada semua orang. Senyum bagi
orang tengok," katanya.
Tapi yang aku tahu ketika dibawa ke Penjara Kajang dia
membawa lima beg plastik yang berisi pakaian dan aksesorinya.

Diambil Dari Sumber Asal :[ KLIK ]

No comments:

Post a Comment