Selamat Datang...

As'salammualaikum saya Faizul owner kepada blog berkonsepkan mistik, alam ghaib, dan berbagai unsolve misteri,tujuan blog ini dibuat , hanya untuk berkongsi dengan orang ramai , tentang kewujudan makhluk yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar mahupun merasakan secara nyata, kerana mereka adalah makluk halus, mereka juga adalah hamba Allah yang juga seperti kita menumpang bumi ciptaan Allah yang indah , saya harap para tetamu yang melawat blog saya , terhibur dengan kandungan yang saya paparkan, semua ini hanya sekadar hiburan , tidak ada kena mengena yang hidup dan yang mati , kita sebagai manusia yang mempunya sifat ingin tahu yang sgt mendalam, saya adalah salah seorang yang mempunya minat seperti ini sejak dari kecil lagi , dimana terdapat beberapa koleksi novel mistik, dan alam ghaib dan saya amat berminat untuk mengkaji lebih mendalam tentang alam ghaib , sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Blog saya , jika anda mempunya sebarang pengalaman sila maklumkan kepada saya di facebook saya, sekian terima kasih, As'salammualaikum..

FaceBook : Netz Faizul (Admin)

Wednesday, January 25, 2012

Kes Mona Fendi Part 6




GAMBAR RAJAH di atas membawa banyak cerita dalam kes Mona Fandey. Nak tahu apa yang tersirat dalam gambar rajah ini. Nanti aku ceritakan...
Gambar rajah itu adalah keratan badan jasad Datuk Mazlan idris yang dipotong 18 bahagian.
Memang mengerikan. Aku yang diberi pelung melihat foto-foto cebisan tulang keratan itu tidak tergamak hendak melihatnya kali kedua.
Malam tu aku tak boleh tidur terbayang-bayang apa yang dilihat siangnya.
Dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994 tertuduh pertama kes ini, Juraimi Husin mengaku menetak leher Datuk Mazlan.

"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga
kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan
daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi
dalam keterangan membela diri.

Menurutnya, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulit
serta daging Mazlan setelah
mendapat arahan lanjut daripada
Affandi.
Bagaimanapun, tertuduh pertama
itu tidak dapat ingat berapa
bahagian dia memotong tulang
dan daging mayat Mazlan.
(Perunding Kanan Perubatan
Fornsik Hospital Kuala Lumpur, Dr
Abdul Rahman Yusof dalam
keterangannya memberitahu
mahkamah mayat Mazlan dipotong
18 bahagian).
"Tulang dan daging itu kemudian
saya masukkan ke dalam basin dan
mencurahkannya ke dalam lubang
stor rumah yang sudah digali sejak
seminggu
lalu dan menimbusnya.




"Saya kemudian menyimen lubang itu pada keesokan
harinya (3 Julai 1993)," akuan itu ketika disoal peguambelanya,
Karam Sigh Bahl.
Kejadian itu, menurut Juraimi, dilakukan atas rancangan dan
arahan Maznah Ismail atau Mona Fandey (tertuduh ketiga) dan
Affandi (kedua) di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas,
Ulu Dong, Raub, pada 2 Julai 1993.
Pembunuhan itu selesai dalam tempoh kira-kira tiga setengah
jam dengan persedian dilakukan seminggu sebelum itu.
Juraimi berkata, Mazlan ke rumah itu kira-kira jam 10 malam
dengan memandu kereta bernombor pendaftaran CAA 5115
bersama Affandi.
"Mazlan kemudian diminta menyalin pakaian dan memakai kain
saja oleh Mona sebelum masuk ke dalam bilik air.
"Sebelum itu, Affandi yang membawa dua biji bantal dan
selimut sudah berada dalam bilik berkenaan," katanya
menceritakan dengan tenang apa yang berlaku sejak mula dia
berkenalan dengan pasangan bomoh itu sehingga pembunuhan
Mazlan.
Juraimi berkata, Mazlan kemudian diarah berbaring dengan
Mona duduk di bahagian kepalanya sambil meletakkan bunga
pada dahi mangsa.
Katanya, ketika Mazlan baring, Affandi ada berkata: "Datuk
(Mazlan) baring, nama ada suara ghaib berkata, duit sebanyak
ini akan jatuh."
Menurutnya, Affandi yang duduk di sebelah Mona pula menutup
mata Mazlan dengan tangannya.
"Tertuduh kedua itu kemudian memadam lampu dan
menyalakan lilin. Affandi kemudian menutup mata Mazlan
dengan tangan sambil berkata kepada saya: "Rong (Gondrong),
tetak biar kena tepat, jangan salah tempat, kalau tidak
habislah.
"Kemudian Affandi memberi isyarat tangan dan saya menetak
leher Mazlan," kata Juraimi. Gondrong adalah nama panggilan
Juraimi.
Ada lagi cerita aku. Kalau nak tahu kena tunggu.

Diambil Dari Sumber Asal :[ KLIK ]

No comments:

Post a Comment