Selamat Datang...

As'salammualaikum saya Faizul owner kepada blog berkonsepkan mistik, alam ghaib, dan berbagai unsolve misteri,tujuan blog ini dibuat , hanya untuk berkongsi dengan orang ramai , tentang kewujudan makhluk yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar mahupun merasakan secara nyata, kerana mereka adalah makluk halus, mereka juga adalah hamba Allah yang juga seperti kita menumpang bumi ciptaan Allah yang indah , saya harap para tetamu yang melawat blog saya , terhibur dengan kandungan yang saya paparkan, semua ini hanya sekadar hiburan , tidak ada kena mengena yang hidup dan yang mati , kita sebagai manusia yang mempunya sifat ingin tahu yang sgt mendalam, saya adalah salah seorang yang mempunya minat seperti ini sejak dari kecil lagi , dimana terdapat beberapa koleksi novel mistik, dan alam ghaib dan saya amat berminat untuk mengkaji lebih mendalam tentang alam ghaib , sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Blog saya , jika anda mempunya sebarang pengalaman sila maklumkan kepada saya di facebook saya, sekian terima kasih, As'salammualaikum..

FaceBook : Netz Faizul (Admin)

Wednesday, January 25, 2012

Pengalaman Dari Sekumpulan Pelajar Yang Pernah Melewati Banglo Kepunyaan Arwah Mona Fendi seorang yang mengamal ilmu hitam



Hari itu hari Khamis 17 Mac 2011.Aku dan dua orang classmates sibuk bercerita tentang rumah banglo Mona Fendi yang dikatakan berhantu yang famous di Shah Alam di belakang dewan kuliah sambil menghiraukan lecturer yang mengajar di hadapan.Salah seorang dari classmates aku bercerita tentang pengalaman rakannya terserempak dengan entiti yang menjenguk dari atas tembok rumah banglo tersebut ketika mereka cuba masuk.Akibatnya, mereka mengambil keputusan untuk pulang sahaja malam itu.Tiba-tiba seorang lagi classmateku bersuara.

"Malam ni malam Jumaat.Jom kita pergi rumah banglo tu".
"Jom.Shoot mesej dekat budak-budak lain.Malam ni kita pergi", jawabku pantas.

Jam 12 malam.Kami berkumpul di Bus Stop Seksyen 2 dan mula bertolak ke rumah banglo tersebut di seksyen 12.Terdapat 7 orang yang semunya yang mengikuti konvoi malam jumaat tersebut.Setibanya di sana, kami meletakkan motosikal di hadapan rumah dengan posisi yang memudahkan kami melarikan diri sekiranya sesuatu berlaku.Suasana di rumah banglo separa siap tersebut memang menakutkan ditambah keadaan malam yang gelap.

Kami mula memanjat pagar rumah banglo tersebut.Cerita classmateku petang tadi tiba-tiba bermain di fikiranku.Hatiku mula berdebar.Setelah semua selesai memanjat pagar, kami memulakan operasi untuk menjelajah banglo tersebut ditemani cahaya lampu handset.Ruang dalaman banglo tersebut sangat besar.Ada sebuah kolam kecil di bawah tangga.Di sebelah luar pula terdapat sebuah kolam lain.Then kami mula menaiki tangga untuk ke bahagian atas banglo dengan penuh berhati-hati kerana tiada pemegang sisi di tangga tersebut.Tersilap langkah boleh membawa padah.Silap haribulan kemalangan boleh berlaku.

Dibahagian luar atas terdapat laman yang menghubungkan sebuah lagi pintu pagar.Mungkin tempat parking kereta-kereta mewah fikirku.Kemudian kami pergi pula ke bahagian belakang rumah yang dipenuhi pokok-pokok liar yang menambahkan lagi angker rumah banglo ini.Tiba-tiba hidung kami menangkap satu bau.Masing-masing berpandangan sesama sendiri.

"Damn siapa pulak kentut ni', kata salah seorang dari kami.Semua orang menutup hidung masing-masing sambil menyumpah seranah.
Kami meneruskan menjelajah keseluruhan ruang rumah tersebut.Selepas itu kami pun pulang.Walaupun tidak menjumpai apa-apa yang pelik tapi kami sangat puas kerana berjaya masuk di dalam rumah tersebut. yang dikatakan berhantu oleh ramai orang.Lain orang lain pengalaman.

Rumah Banglo Yang Dilihat Pada Hari Ini :





Segala Maklumat Diambil Dari Sumber asal : [ KLIK ]

No comments:

Post a Comment